Pages

Monday, 24 October 2011

Tingkatan 2 Bab 4

Sabah di Bawah Pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran bab ini,

anda seharusnya dapat:
  • Menjelaskan bagaimana Sabah diserahkan kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara.
  • Menerangkan bagaimana Syarikat Berpiagam Borneo Utara mentadbir Sabah.
  • Menyenaraikan perubahan pentadbiran, ekonomi dan sosial Sabah di bawah pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara.
  • Mengambil iktibar daripada perubahan dan kemajuan yang dibawa kepada penduduk tempatan hasil daripada kemodenan.
Ringkasan
Di Sabah, tanah wilayah yang secara samar-samar di bawah Kesultanan Brunei dan Sulu telah berpindah ke tangan British, seperti juga di Sarawak. Seterusnya Sabah menjadi milik Syarikat Berpiagam Borneo Utara pada tahun 1882. Sistem pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara serupa dengan sistem pemerintahan British di negeri-negeri Melayu. Akhirnya pada tahun 1941, berakhirlah pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Sabah dengan kedatangan Jepun.
Selepas pendudukan Jepun, Sabah dan Sarawak diserahkan kepada kerajaan British sebagai tanah jajahan British. Di bawah pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara juga British telah mengeksport hasil tradisional penduduk tempatan untuk mendapatkan keuntungan dalam masa yang singkat. Tanaman baru juga diperkenalkan kerana nilainya tinggi di pasaran dunia. Walaupun Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah membawa perubahan dari aspek pentadbiran, ekonomi dan sosial, namun pada keseluruhannya perubahan ini lebih menguntungkan Syarikat daripada penduduk tempatan.
Potensi Ekonomi Sabah Menarik Pelabur Asing
Pengenalan
Sabah merupakan sebahagian daripada wilayah kesultanan Brunei semasa zaman kegemilangannya.  Kemudian Sabah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada Sultan Sulu.  Nama Sabah digunakan oleh penduduk tempatan adalah berasal daripada pokok pisang Saba. Nama Borneo Utara pula  digunakan semasa pemerintahan Berpiagam Borneo Utara.
Pedagang-pedagang barat juga menggelarkan Sabah sebagai Ceylon Baru kerana persamaan geografi dengan Ceylon (Sri Lanka). Sabah juga dikenali sebagai Negeri di Bawah Bayu. Bagaimanapun apabila sudah mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada tahun 1963, nama Sabah digunakan semula.

Perubahan Pentadbiran

Pemegang-pemegang saham Syarikat Berpiagam Borneo Utara memberi kuasa kepada Lembaga Pengarah untuk menguruskan Sabah. Lembaga Pengarah pula akan melantik seorang Gabenor untuk mengetuai pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Sabah. Sebuah Majlis Penasihat  ditubuhkan  untuk menasihati Gabenor dalam hal pentadbiran. Gabenor juga akan dibantu oleh pegawai-pegawai lain seperti Setiausaha Kerajaan, Ketua-ketua Jabatan, Residen, Pegawai Daerah, Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung. Jawatan-jawatan tertinggi kerajaan seperti Setiausaha Kerajaan, Ketua-ketua Jabatan, Presiden dan Pegawai Daerah adalah terdiri daripada orang Inggeris. Dari tahun 1881 hingga 1935, Sabah dibahagikan kepada dua buah residensi iaitu Residensi Pantai Barat dan Residensi Pantai Timur. Pentabiran setiap residensi diketuai oleh  seorang residen. Residensi pula dibahagikan kepada sepuluh buah daerah yang setiap satunya diketuai oleh seorang Pegawai Daerah.


Daerah-daerah di Negeri Sabah

 
Bagaimanapun menjelang tahun 1935, jumlah residensi telah ditambah kepada empat. Jumlah daerah juga ditambah kepada 26 buah.
Pembahagian Daerah Mengikut Residensi
Residensi
Daerah
Pantai Barat
1.Jesselton
5. Penampang
2.Papar
6. Tuaran
3.Kota Belud
7. Tamparuli
4.Kudat
8. Ranau
Pantai Timur
(Sandakan)
1.Sandakan
4.Tongad
2.Taupis
5.Bukit Garam
3.Baturam

Tawau
1. Tawau
3.Semporna
2. Lahad Datu
4.Kunak
Pendalaman
& Labuan
1.Beaufort
6.Sepitang
2.Tenom
7.Merumbuk
3.Keningau
8.Tambunan
4.Nabawan
9 Kuala Pengu
5.Membakut.




Sungguhpun SBBU memperkenalkan dan melaksanakan pentadbiran cara Barat di Sabah, namun kepimpinan pentadbiran tradisional masih diwujudkan terutama jawatan Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung dan Mahkamah Anak Negeri.

Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung juga mempunyai pengalaman yang luas dalam adat tempatan, oleh itu mereka memainkan peranan penting dalam menjayakan pentadbiran Syarikat di peringkat daerah dan kampung. Kedua-dua jawatan  dalam sistem pentadbiran tempatan ini kekal hingga sekarang walaupun pemerintahan syarikat sudah lama berakhir. Ketua Anak Negeri merupakan jawatan tertinggi yang disandang oleh penduduk tempatan. Biasanya ketua Anak Negeri dianugerahkan gelaran Orang Kaya-kaya (OKK). Antara yang pernah menyandang jawatan Ketua Anak Negeri adalah Haji Mohamed Arshad, Pangeran Mohammad Abas, Pangeran Haji Omar, Haji Mohamad Saman dan Gunsanad.
Antara tugas seorang Ketua Anak Negeri ialah:
  • menjaga keamanan.
  • mengutip cukai.
  • menguruskan hal pembahagian tanah.
  • memajukan pertanian.
  • menjadi hakim di Mahkamah Anak Negeri.
SBBU juga menggunakan dua jenis undang-undang iaitu Undang-undang Barat dan Undang-undang Tempatan. Undang-undang Tempatan seperti Hukum Adat dan Syariah dilaksanakan kepada penduduk tempatan melalui Mahkamah Anak Negeri dan Mahkamah Syariah. Mahkamah majistret melaksanakan undang-undang Barat meliputi kes bunuh, menculik dan rompakan besar. Penduduk tempatan yang arif dalam syariah Islam dan adat tempatan dilantik sebagai hakim Mahkamah Anak Negeri.

 

Perubahan Ekonomi

 
Penduduk Sabah sebelum  pentadbiran SBBU menjalankan kegiatan ekonomi sara diri. Mereka mengusahakan tanaman makanan terutamanya padi sawah dan padi bukit, menanam jagung dan ubi kayu. Mereka juga mengutip hasil-hasil hutan dan laut untuk dijual kepada pedagang-pedagang China dan kepulauan Melayu.  SBBU melaksanakan dasar baru yang mengeksploitasikan hasil bumi Sabah untuk mengukuhkan kewangan Syarikat. Hasil-hasil hutan dan laut ditambah untuk dieksport ke Singapura, China, Hong Kong dan Eropah. Di samping itu pelbagai cukai diperkenalkan kepada rakyat tempatan untuk menambah kewangan Syarikat. Antara cukai-cukai yang diperkenalkan ialah lesen senjata, cukai eksport, cukai kepala, cukai tanah dan cukai jualan.
Sarang burung merupakan hasil eksport yang menguntungkan syarikat. Sarang burung boleh didapati di dalam gua seperti Gua Gomantong,  Madai,  Baturang,  Taparong, Melakop dan Penunggah. Rotan pula banyak didapati di sepanjang Sungai Kinabatangan dan  Sungai  Labuk. Rotan dieksport dalam bentuk asal dan juga hasil barangan daripada rotan seperti pemidang, tikar, tangkai payung, tongkat, alat perabot dan sebagainya.
Sementara hasil pembalakan dijalankan di kawasan Sandakan, Lahad Datu dan Tawau. Pada tahun 1885, eksport pertama balak dari Sabah telah dihantar ke Australia. Pada tahun berikutnya, balak Sabah dieksport ke China, Singapura, Jepun dan England.
Pada tahun 1910, balak merupakan hasil eksport kedua Sabah selepas tembakau.
Lanut atau 'manila hemp' tumbuh meliar hampir di semua kawasan tanah pamah dan lembah di Sabah. Pada zaman pemerintahan SBBU, batang pokok ini dijadikan tali kapal untuk dieksport. Pokok rumbia yang tumbuh meliar di kawasan berpaya di muara sungai menghasilkan sagu yang menjadi makanan kegemaran harian penduduk Sabah. SBBU menggalakkan perusahaan sagu secara komersial untuk dieksport kerana harganya yang tinggi di pasaran dunia. Sagu mentah Sabah dieksport ke Singapura dan seterusnya ke Eropah.

Tembakau merupakan tanaman eksport  dagangan utama SBBU sejak awal penubuhannya. Pada tahun 1843, ladang tembakau pertama dibuka di Sandakan. Pada tahun 1890 terdapat sebanyak 61 buah ladang tembakau di Lahad Datu, Sandakan dan Tawau.
Tanaman dagangan lain ialah getah. Penanaman getah tertumpu di Beaufort, Tenom dan Jesselton. Getah ditanam secara komersial pada tahun 1899. Menjelang tahun 1900 terdapat sebanyak 3,226 ekar getah di Sabah dan meningkat kepada 34,828 pada tahun 1911.

Mutiara banyak terdapat di  pantai timur laut Sabah. Eksport mutiara Sabah telah dipertingkatkan dengan banyaknya pada tahun 1888. Orang Bajau mengumpulkan Trepang secara kecil-kecilan untuk dijadikan sejenis makanan laut. Semasa pemerintahan SBBU, pekerjaan mengumpulkan Trepang digiatkan  dan hasilnya dieksport ke China. Orang Bajau  mengusahakan perusahaan sirip ikan yu yang dieksport ke China. Kegiatan ekonomi untuk eksport semasa pemerintahan SBBU telah meningkat. Bagaimanapun eksploitasi Syarikat telah menimbulkan penentangan rakyat tempatan.  Kegiatan ekonomi eksport juga membawa kepada kemasukan buruh-buruh China, Filipina, Jawa dan Jepun yang bekerja dalam sektor perladangan dan pembalakan kerana masalah kekurangan penduduk di Sabah.

 

Perubahan Sosial

 
Pentadbiran SBBU juga memperkenalkan banyak perubahan sosial yang bertujuan meningkatkan lagi kegiatan ekonomi untuk eksport.

Pengangkutan


Landasan keretapi juga dibina untuk membantu memajukan ekonomi Sabah. Landasan keretapi yang pertama sejauh 32 km telah dibina di antara Weston dan Beaufort pada tahun  1876. Dari Beaufort, landasan ini disambung sejauh 91 km ke Jesselton dan juga dari Beaufort ke Tenom dan Melalap.
Berbanding dengan kereta api, jalan raya kurang diberi perhatian sehingga tahun 1945, kerana hanya terdapat sejauh 103 km jalan raya berturap di Sabah yang bertumpu di bandar-bandar seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Kudat, Tawau dan Lahad Datu. Jalan air iaitu melalui laut dan sungai merupakan alat perhubungan dan pengangkutan utama kerana mudah dan murah. Laut pula digunakan oleh syarikat perkapalan untuk mengangkat barangan import dan eksport.
Hospital dan pusat kesihatan dibina khususnya di bandar-bandar. Penyakit-penyakit tropika seperti malaria, kepialu, taun dan beri-beri mula dirawat secara moden. Pada tahun 1909, Syarikat menubuhkan Jabatan Pelajaran . Sekolah Latihan bagi anak-anak Ketua Anak Negeri didirikan bertujuan untuk memberi pendidikan khas kepada anak-anak Ketua Anak Negeri. Selepas tamat pengajian, mereka akan diserapkan sebagai pegawai tadbir peringkat rendah sahaja. Peranan mereka ialah sebagai penghubung antara Syarikat dengan penduduk tempatan dan mentadbir hal berkaitan dengan pentadbiran.
Pada tahun 1921, sekolah Melayu yang pertama untuk semua etnik didirikan. Pada tahun 1910 angka ini bertambah kepada 58 buah terutamanya di kawasan pantai kerana kesukaran perhubungan di kawasan pedalaman. Sekolah Inggeris didirikan oleh mubaligh Kristian buat pertama kalinya pada tahun 1887.  Sekolah-sekolah Cina pula didirikan oleh masyarakat Cina.

Bandar-bandar Baru

Bandar-bandar baru seperti Jesselton, Kudat dan Sandakan mula muncul. Bandar Jesselton mula diwujudkan selepas pusat perdagangan Syarikat Berpiagam di Pulau Gaya diserang dan dimusnahkan oleh penduduk tempatan pada tahun 1897. Berikutan itu Syarikat membuka sebuah petempatan baru di tanah daratan bertentangan dengan Pulau Gaya dan dinamakan Jesselton. Jesselton dikenali sebagai nama Api-api, Singga Mata atau Diasuka. Pada tahun 1967 nama Jesselton ditukar kepada Kota Kinabalu.

Tawau


Tawau ialah sebuah bandar pelabuhan yang terkenal dengan hasil eksport seperti getah, abaka, mutiara, ikan kering, ikan salai dan kayu balak yang diusahakan oleh pelabur Jepun sehinggalah perang dunia kedua. Tawau juga menjadi pelabuhan yang menawarkan perkhidmatan mengurus dan membaiki kapal-kapal yang belayar dari Jepun ke pelabuhan di Pulau Jawa.

Sandakan


Nama Sandakan berasal daripada bahasa suku Suluk iaitu 'sanda' yang bermaksud sandar atau gadai. Menurut cerita terdapat sebuah kedai yang menjadi tempat penduduk tempatan dan masyarakat  sekitarnya boleh menyandarkan barang untuk mendapatkan wang. Akhirnya tempat itu  dikenali sebagai 'tempat untuk sandarkan barang'. Pada tahun 1878, William B.Pryer membuka petempatan di Teluk Sandakan untuk menanam kopi dan koko. Beliau menamakan tempat itu 'Elopura' yang bermaksud bandar yang cantik, tetapi nama Sandakan lebih digemari oleh penduduk tempatan. Sandakan menjadi ibu negeri Sabah pada tahun 1888.

No comments:

Post a Comment